Resepi kek coklat indulgence
Resepi kek coklat(saya guna kek coklat moist)
- 3/4 cawan serbuk koko (hampir 1 cawan la kiraannye)
- 1 cawan gula halus (saya guna 3/4 cawan je)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak@minyak jagung@marjerin cair
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum(secawan lebih yee)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bicarbonate
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila..

CARA CARANYE:
1. Campurkan gula,susu cair, susu pekat, minyak@marjerin cair, kedalam periuk..masak atas api yang slow sehingga larut sekata...
2. Dalam bekas yang lain ayak tepung gandum,baking powder, soda bicarbonate dan serbuk koko...
3. Pukul telur n esen vanila hingga kembang..(guna tangan je)
4. Masukkan campuran 1 tadi kedalam adunann telur(pastikan adunan pertama tadi dah suam2)...kacau bagi sebati..
5. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yg dah diayak bersama serbuk koko,baking powder dan soda bicarbonate...kacau hingga sebati sehingga tidak berketul2..
6. Panaskan kukusan...sementara tunggu air kukusan mendidih...sapu marjerin pada loyang(alas dengan baking paper)masukkan adunan kek tadi...
7. Masukkan loyang dalam kukusan yg air telah mendidih...tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya air wap tak kena pada kek..
8. Kukus selama 50- 60 minit @ sehingga masak...
Resepi KRIM PUTIH
60 gm gula icing
2 biji kuning telur
120 gram mentega tanpa garam(jenama Anchor sya potong 2 bahagi separuh2..)
4 gm gelatin
50 ml air
100 gm coklat masakan putih
260 gm Krim tenusu (uht wipping cream jenama anchor)
- Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air..letak air dalam mangkuk dan taburkan gelatin, biarkan sehingga kembang...lepas dah kembang setkan double boil sehingga cair...ketepikan..
- Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu...(cairkan secara double boil)tahu kann.??
- ayak gula icing dalam bekas kuning telur dan putar bagi sebati..
- kemudian panaskan air dan letak bekas adunan telur tadi diatasnye( double boil)...putar sehingga pekat dan berkrim...
- kemudian masukkan gelatin dan putar rata..ketepikan..
- putar mentega sehingga kembang, lembut...bila sudah kembang masukkan adunan telur bersama gelatin tadi,teruskan putar, masukkkan coklat masakan yg dicairkan dan putar sehingga rata...
- dalam bekas yg lain( sya guna periuk stail nk kekal suhu wipping krim) pukul wipping krim sehingga kental shaja...jngn terus di putar, dia akan mencair semula..dan tak boleh digunakan lagi...apabila sudah kental..
-ambil 1/3 bahagian krim ini campurkan dalam adunan telur tadi proses kaup balik sehingga sebati..masukkan baki krim dan kaup balik sehingga sekata n sebati..
-masukkan dalam piping bag(saya buat 2 piping bag) dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum guna, bergantung pada suhu peti....(saya buat krim ni sehari seblum nk layer pada kek)...
KRIM COKLAT
80 gm gula icing( nak kurangkan pon boleh)
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam ( jenama anchor bahgi dua ngn krim putih)
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Tenusu (uht wipping krim jenama anchor)
Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air..letak air dalam mangkuk dan taburkan gelatin, biarkan sehingga kembang...lepas dah kembang setkan double boil sehingga cair...ketepikan..
- Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu...(cairkan secara double boil)tahu kann.??
- ayak gula icing dalam bekas kuning telur dan putar bagi sebati..
- kemudian panaskan air dan letak bekas adunan telur tadi diatasnye( double boil)...putar sehingga pekat dan berkrim...
- kemudian masukkan gelatin dan putar rata..ketepikan..
- putar mentega sehingga kembang, lembut...bila sudah kembang masukkan adunan telur bersama gelatin tadi,teruskan putar, masukkkan coklat masakan yg dicairkan dan putar sehingga rata...
- dalam bekas yg lain( sya guna periuk stail nk kekal suhu wipping krim) pukul wipping krim sehingga kental shaja...jngn terus di putar, dia akan mencair semula..dan tak boleh digunakan lagi...apabila sudah kental..
-ambil 1/3 bahagian krim ini campurkan dalam adunan telur tadi proses kaup balik sehingga sebati..masukkan baki krim dan kaup balik sehingga sekata n sebati..
-masukkan dalam piping bag(saya buat 2 piping bag) dan simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum guna, bergantung pada suhu peti....(saya buat krim ni sehari seblum nk layer pada kek)...
TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)
*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.
No comments:
Post a Comment