Cakap pasal Langkawi, makanan yang paling famous kat sini adalah Laksa asam di mana kuahnya berbeza berbanding Laksa Sarawak, Laksa Johor dan segala laksa lain ...Laksa memang banyak jenis, ada laksa halus, ada laksa tebal. Kuah, rasa dan bahan-bahan jugak berbeza mengikut resepi. Ini antara resepi Laksa yang mudah dan terbaik yang boleh dicuba oleh kawan-kawan. Good Luck dan selamat memasak .... Jangan lupa kurangkan manis dalam masakkan, lebihkan manis dalam senyuman ......
RESEPI LAKSA LANGKAWI YANG SEDAP DAN MUDAH!
Bahan-bahannya:
(Untuk kuah)
5-7 ekor ikan kembong (saya biasa guna ikan kembung, ikan lain pun boleh maca sardin dan sebagainya) saiz ikut besar ikan. Kalau kecil tambah jadi 10 ekor. Sebolehnya mesti ikan segar.
5-10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yang digemari)
1 biji bawang besar saiz sederhana hingga besar.
5 ulas bawang merah.
1-2 cm belacan.
5-6 keping asam gelugur (asam keping).
Daun kesum / bunga kantan.
Garam / Serbuk perasa (jika suka)
Air kosong ikut kesesuaian.
5-10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yang digemari)
1 biji bawang besar saiz sederhana hingga besar.
5 ulas bawang merah.
1-2 cm belacan.
5-6 keping asam gelugur (asam keping).
Daun kesum / bunga kantan.
Garam / Serbuk perasa (jika suka)
Air kosong ikut kesesuaian.
(Bahan Laksa dan tabur)
1-2 bungkus laksa (dicelur sehingga lembut)
Daun selom / daun putat / pucuk gajus / ulam raja.
Bawang besar.
Limau nipis.
Telur rebus.
Cili padi.
Semua bahan-bahan ni di potong halus dan mengikut kesukaan anda. Kalau di Kedah, selalunya laksa tak di makan dengan daun salad. Lain rasanya.
Daun selom / daun putat / pucuk gajus / ulam raja.
Bawang besar.
Limau nipis.
Telur rebus.
Cili padi.
Semua bahan-bahan ni di potong halus dan mengikut kesukaan anda. Kalau di Kedah, selalunya laksa tak di makan dengan daun salad. Lain rasanya.
Cara Membuat Kuah Laksa:
1. Rebus ikan, masukkan 2 keping asam jawa dan sedikit garam dalam air rebusan. Setelah masak, asing isi ikan dengan tulang-tulangnya dalam bekas yang berlainan. Air rebusan jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat kuah. Biasanya saya gunakan periuk yang sama untuk merebus ikan dan membuat kuah.
2. Masukkan isi ikan ke dalam blender dan kisar seketika dengan sedikit air. Jangan terlampau halus isi ikan itu. Biarkan isinya agak kasar. Tuangkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk yang ada lebihan air kukusan tadi.
3. Mesin pula tulang dan kepala ikan bersama air sehingga halus. Kemudian tapis airnya dan masukkan dalam periuk tadi. Ulang tapis sehingga 2 hingga 3 kali.
4. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama-sama bawang besar, bawang merah dan belacan sehingga halus. Kemudian masukkan kedalam periuk kuah tadi.
5. Dalam masa yang sama, masakkan kuah tadi dengan api sederhana.
6. Masukkan daun kesum, bunga kantan yang telah di potong, garam dan serbuk perasa serta asam keping.
7. Masaklah sehingga mendidih dan rasakan kuah anda biar secukup rasa. Jika terlampau pekat, sila tambahkan air mengikut kesukaan anda.
8. Biarkan mendidih atas dapur buat buat seketika.
9. Sedia untuk dihidang bersama-sama laksa dan bahan-bahan tabur tadi. Juga sedap ditambah otak udang.
Selamat mencuba dan jumpa lagi.
*Tips dari admin, nak sedap lagi kuahnya, simpan satu malam.
*Kredit to : najihahabdulmutalib.blogspot (resepi)
No comments:
Post a Comment