Let's talk about food. Salah satu keistimewaan negara Gajah Putih ini adalah dari segi kepelbagaian makanan dan tradisinya. Para travellers, dan penggemar makanan sering menjadikan Thailand salah satu destinasi wajib untuk dilawati.
Penduduk di sana amat menggemari rasa manis dan pedas. Terdapat pelbagai masakan yang menarik dan sesuai dengan anak tekak penduduk Malaysia. Hal ini jelas apabila makanan utama masyarakat Thailand ialah nasi putih dan dimakan bersama 4-5 jenis lauk-pauk.
Antara lauk pauk yang menarik ialah kerabu mangga, ikan tiga rasa, ikan stim , kailan ikan masin, sayur campur dan daging masak merah. Hampir kesemua kedai yang kami kunjungi menawarkan hidangan yang sama.
Selain itu, antara hidangan istimewa Thai ialah Tomyam. Tomyam di Thailand merupakan pengukur aras kehebatan sesebuah restoran. Sekiranya Restoran tersebut menyediakan Tomyam yang sedap, pasti restoran tersebut diiktiraf dan terkenal.
Seterusnya antara kegemaran saya di Thailand ialah Papaya salad atau Somtum. Somtum ialah buah betik muda dan dicampur dengan sayur-sayur, udang kering dan sedikit perasa gula yang berwarna kuning seperti majerin. Rasanya manis, masam dan pedas yang akan membangkitkan selera sesiapa yang mencubanya. Somtum merupakan hidangan tradisi Thailand yang terkenal di seluruh Asia.
Untuk minuman, Penggemar Milo pasti kecewa kerana tiada Milo Ais di sana. Mereka menggunakan Ovaltine. Rasanya seakan Milo tetapi sedikit berbeza. selain itu, minuman seperti Teh Ais dan Green Tea Latte sememangnya terkenal di sana.
Untuk pencuci mulut, Thailand yang mempunyai iklim seperti Malaysia mempunyai pelbagai buah-buahan yang sedap dan menarik. Buah-buahan inilah dijadikan pencuci mulut dengan aneka warna yang menarik dan rasa yang begitu menyelarakan.
Antara kegemaran saya ialah Laicikang yang diletak Lotus Seed yang baik untuk kesihatan tubuh badan.
Selain minuman, Pulut mangga dan Pulut Durian juga merupakan hidangan wajib di Thailand.
Jadi tidak pelik mengapa banyak rakyat Malaysia memilih Thailand sebagai destinasi perlancongan setiap tahun. Selain kos yang menjimatkan, Thailand juga merupakan negara jiran yang mempunyai kerjasama baik dengan Malaysia. Oleh itu, amat mudah bagi proses kastam dan lain-lain.
TUNGGU APA LAGI? JOM KE THAILAND ...
No comments:
Post a Comment