Sunday, 8 April 2018

Syahid yang tertangguh

 Assalamualaikum

" Sebelum saya meneruskan penulisan kali ini izinkan saya memohon maaf terhadap ibu bapa, keluarga serta sahabat handai saudara kita iaitu arwahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Izinkan saya menulis serba sedikit mengenai pemuda yang telah membuka mata dunia " 

Bismillahirrahmanirrahim

Masih ingatkah satu ketika dulu, rakyat Malaysia digempurkan dengan satu berita sedih yang menimpa seorang anak muda Malaysia yang melanjutkan pengajianya di sebuah Universiti Marmara, Istambul, Turki.



Al Fatihah Ahmad Ammar dalam kenangan


 Yaa Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, sudah hampir lima tahun peristiwa ini berlaku, dan masih segar dalam ingatanku tentang kisah pemuda ini . Kisah beliau mula tular di lama sosial lima tahun lalu dan pada ketika itu, aku mula tertarik untuk mengetahui siapakah Ahmad Ammar ini? dan mengapa beliau digelar "Syahid yang tertangguh". 
Selepas menghayati dan mengenali siapa itu Ahmmad Ammar barulahh aku mengerti mengapa beliau diberi gelaran sebagai "Syahid yang tertangguh" Ahmad Ammar merupakan pemuda yang berusia 20 tahun yang merupakan pelajar cemerlang tahun dua dalam bidang sejarah Uthamaniyah di Universiti Marmara, Istambul, Turki. Ahman Ammar seorang pemuda yang berasal dari Gombak Selangor belia  jugak merupakan merupakan anak ke empat daripada lima beradik dan satu satunya anak lelaki hasil dari perkahwinan Puan Nur Azlina dan Tuan Haji Ahmad Azam Bin Abd Rahman  yang merupakan mantan President Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). Ahmad Ammar merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja, oleh sebab pencapaiannya yang cemerlang beliau memilih untuk menyambung  pengajiannya di sebelah timur bagi menyambung pengajiannya dalam bidang sejarah tamadun islam kerana minatnya yang mendalam terhadap sejarah islam. 


 Keluarga Ahmad Ammar 



Ahmad Ammar ketika di Maktab Tentera Diraja

Semasa hanyat Ahmmad Ammar, belia telah mengembara ke banyak temat bagi menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurahkan baktinyaa untuk kesejahteraan ummah. Selain itu juga semasa hayatnya, Ahmad Ammar adalah pemuda yang sangat dikenali dengan akhlak dan budi perketi yang sangat mulia, bedisipilin, tekun, bercita cita tinggi dan sikapnya yang menghormati orang yang lebih dewasa membuatkan belia sangat dihormati. Beliau juga merupakan seorang anak muda Malaysia yang banyak  menghabiskan masa mudanya untuk berbakit kepada masyarakat dengan menyertai pelbagai misi kemanusian  bukan itu sahaja  beliau juga merupakan seorang anak muda yang banyak berjasa kepada agama dengan aktif dalam menyebarkan dakwah islam di mardrasah mardrasah di Turki. Pada seusia itu, tatkala anak muda lain yang seusia dengan dirinya sibuk dengan hiburan, beliau pada ketika itu sibuk mepersiapkan dirinya untuk pelbagai misi misi kemanusian di beberapa negara seperti di syria dan sebagainya. Semasa menyertai misi kemanusiaan di Syria belia memberi tahu seorang rakannya bahawa beliau berkeinginan untuk  Syahid di bumi Syria. Ketika di Syria beliau dan rakan rakan yang telah bermalam di sebuah hospital di mana kawasan pertempuran tentera syria dan rejim Israel, pada malam mereka bermalam di hospital tu, Ahmad Ahmmar tersedar dari tidurnya akibat terdenga bunyi letupan bom dari telinga kanan dan kirinya. Ahmad Ammar bangun dan mengucap dua kalimah syahadah untuk bersedia seandainya diberi peluang untuk syahid. Tapi selepas itu sudah tidak ada lagi bunyi bom kedengaran di kawasan itu, dan Ahmad Ammar kembali menyambung tidurnya. Apabila sudah subuh, Ahmmad Ammar antara yang  terawal bangun dan mandi. Selepas mengerjakan solat subuh, Ahmad Ammar memberi tahu rakannya bahawa, belia bermimpi berjumpa bidadari syurga. 



  
Kisah dari seorang sahabat Ahmmad Ammar semasa bersama sama memasuki kem di Syria. Beliau menceritakan pengalaman semasa di Syria dan menceritakan bahawa Ahmad Ammar bermimpi bertemu bidadari syurga. 

Selepas pulang dari Syria, hari hari Ahmad Ammar bejalan seperti biasa dimana beliau akan menghabiskan masa untuk menelaah pelajaran di universiti pada waktu siang  dan mengikuti dakwah dan mengikuti  dan mendalami kelas berkaitan risalah An Nur pada waktu malam. Selepas beliau dapat menghabiskan mengajiannya bekaitan risalah An Nur, belia diberi kepercayaan oleh gurunya untuk beliau mengajar pelajar pelajar baru mengenai risalah itu di sebuah madrasah. 

Pada hari sebelum sambutan Awal Muharram, ia meruapak hari yang sangat istimewa buat Ahmad Ammar kerana pada hari tersebut merupakan hari dimana hari pertama Ahmd Ammar mengajar pelajar pelajar  baru mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah. Semasa dalam perjalanan untuk ke madrasah, Ahmad Ammar bergitu berhati hati ketika menuruni bas yang dinaiki belau di Mobilyacilar sambil mendengar alunan muzik seruling Ney, muzik yang didengari oleh Ahmad Ammar merupakan satu instrumen yang menjadi kegemaran Jalaluddin Ar-Rumi. Jalaluddin atau lebih dikenali sebagai Rumi merupakan seorang penyair yang tersohor dari Parsi yang telah banyak mempengaruhi penulisan dan budaya masyarakat Islam. 


Alunan merdu Ney yang sempat dipelajari dan dimainkan oleh Alahyarham Ahmad Ammar.  

Pada ketika Ahmad Ammar hendak melintasi satu persimpangan jalan, langkahnya terhenti. Tubuh Ahmad Ammar seakann akan hilang imbangan dan beliau terjatuh, dan pada ketika itu, sebuah van ambulans yang datang dari arah belakang telah merempuh tubuh Ahmad Ammar dan beliau terkulai di tepi jalan, namun beliau gagahkan diri untuk berdiri dan meminta bantuan dari pemadu ambulans yang melanggarnya. Seperti yang tertulis di Luh Mahfuz hayat seorang pemuda yang bernama Ahmad Ammar bin Ahmad Azam siswa daripada Universiti Marmara, Istambul, Turki telah dipinjamkan sehingga 2 November 2013. Ahmad Ammar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 2 November 2013 dimana merupakan 1 Muharram 1435 hijrah. 

Kawasan dimana berlaku kemalangan antara Ahmad Ammar dan ambulans


Allahyarham Ahmad Ammar merupakan pelajar Malaysia yang dimuliakan kerajaan Turki hingga ke hari ini. Disebabkan sifat Allahyarham Ahmad Ammar yang sangat mulia dan sangat dikenali dengan budi perketinya, Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan, tanah perkuburan yang menghadap Laut Golden Horn. Allahyarham Ahmad Ammar merupakan orang Malaysia yang pertama yang diberi pengecualian oleh Datuk Bandar Turki untuk Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di sini bersama sahabat sahabat Nabi. Beruntungnya Ahmad Ammar kerana boleh berjiran dengan Saidina Abu Ayub Alansari,  Subahanallah Maha Suci Allah 








Di perkuburan ini juga merupakan, perkuburan yang menempatkan 60 jasad para sahabat Nabi, auliya, panglima Uthmaniyah dan orang orang kenamaan. Ketika ingin melakukan solat jenazah untuk Allahyarhma Ahmad Ammar di Masjid Ayub Sultan, Istambul.  Ramai rakan rakan Universiti malahan penduduk setempat datang untuk mengikuti solat jenazah untuk Allahyarham Ahmad Ammar dan seterusnya ramai orang tempatan disitu berebut rebut untuk mengusung jenazah Ahmad Amamar ke tanah  kubur. Seperti saya tulis pada pemulaan bahawa Ahmad Ammar behasrat untuk syahid dalam kehidupannya, Namun kematian  akibat kemalangan jalan raya pada 2 November 2013 yang lalu menyebabkan beliau dikenali sebagai "SYAHID YANG TERTANGGUH" oleh para sahabatnya. 


                                              Kisah Ahmad Ammar dalam kenangan (1993 - 2013)

Lima tahun lalu video tribute Ahmad Ammar mengenai perjalanan hidup seorang pemuda yang berusia 20 tahun telah menjadi perkongsian dan sentiasa meniti di bibir masyarakat kita sekarang sehinga ke hari ini.  To be honest saya telah mengikuti perjalanan hidup Ahmad Ammar melalui buku buku yang diterbitkan bagi memgingati dan menceritakan perjalan hidup seorang pemuda sepanjang hayatnya, dan setelah saya menelaah dan mengmahami isi kandungan dari penceritaan subahanallah sungguh terkesan dalam diri ini dengan sifat dan sikapnya sehingga mampu mengalirkan air mata that why you're so adorable Ahmad Ammar.  Allahyarham Ahmad Ammar merupakan seorang anak muda yang telah membuka mata masyarakat islam dengan keperibadiannya yang sangat mulia demi mermatabatkan agama islam. Sangat wajar jika   belia dijadikan icon kepada anak anak muda pada masa kini dan anak muda sekarang perlu mengikut keperibadiannya. Semoga aku mampu memiliki akhlak mulia seperti dirimu wahai Sang Syahid yang tertangguh. 



Perjalana hidup Ahmad Ammar yang telah dibukukan


Antara catatan akhir Ahmad Ammar : 






Ini merupakan pusara saudara Ahmad Amma yang diambil seorang pelajar yang datang untuk menziarahi  beliau pada tahun ini 2018. lihat disini



Wahai Ahmad Am mar, aku tahu kau sedang bergembira di atas sana bersama penciptamu. Terima kasih atas pengorbananmu atas dakwahmu atas keperibadianmu yang telah membuka mata hati seluruh umat Islam. Sungguh beruntung dirimu serta ibu bapamu mempunyai anak seperti kamu wahai Ahmad Ammar. Aku berdoa semoga kita dapat bertemu "disana" nanti. Amin. Seandainya kau boleh mendoakan kami, doakan supaya kami boleh beristiqamah sepertimu dalam melaksanakan ibadah tanpa mengerti erti penat dan lelah sepertimu. 



Semoga dikau tenang beristrehat bersama bidadari syurga.  Sampaikan salam kami kepada penghuni syurga, juga kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga suatu hari kita dapat bersama sama di syurga Allah. Al-Fatihah. 




No comments:

Post a Comment

Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...