Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap resepi tomyam Thai ni resepi arwah tok dia. Ramai yang share cakap sedap .. so sis pun share lah ngan korang .. selamat mencuba ..
BAHAN -BAHAN
Ayam (potong kecil-kecil, baru sedap. (Lupa nak tangkap gambar)
Nak tambah seafood mcm udang dan sotong lagi SEDAP.
Sebiji bawang besar (hiris) nak lagi sedap guna bawang holland
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 batang Serai (ketuk dan hiris menyerong)
6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit,petua saya)
Lengkuas (hiris)
Cili padi (ketuk)
Akar ketumbar
Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan)
Cik miya cuma letak bunga kobis dan Putik jagung je tak ada stock..
Cik miya cuma letak bunga kobis dan Putik jagung je tak ada stock..
Nota: Nak tahu tak dekat mana rahsia sedap tomyam Thai ialah dekat akar ketumbar dan lengkuas. Ini salah satu petua sedapkan tomyam tau.
Bahan B
Pes tomyam botol kecik je tau (seriuss pes ni super2 sedap! kena try) (kalau takdak brand lain pun boleh je tapi kureng sikit la rasa dia)
Pes cili thai (kat aeon ,tesco,tf ada juai)
Susu cair sejat
Daun ketumbar (hiris)
Nota: Akhir sekali semua di atas adalah bahan rahsia sedapkan tomyam. Itu daun ketumbar ye jangan tertukar dengan daun sup pula.
Cara memasaknya Tomyam Thai resepi arwah tok:
Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.
Masukkan akar ketumbar. Cuci bersih-bersih dulu ye. Sebab apa masukkan akar dia? Ini la rahsia sebenar kesedapan tomyam.
Bila air mendidih. Masukkan ayam terlebih dahulu, hingga ayam bertukar warna putih.sedap. Ini cara saya. Cuba ya.
Masukkan semua bahan hiris dan,bahan ketuk tadi.
1. Kacau sebati
2. Masukkan satu botol pes tomyam tadi. Saya guna yang botol kecil je halus je botol dia, kalau guna yang botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar tau.
3. Masukkan 4 sudu kecil pes chili thai
4. Kacau sebati masa ni boleh masukkan garam, dan serbuk perasa secukup rasa.
Masukkan sayur.
Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Jangan banyak dalam 4 sudu besar, kacau sehingga sebati. Terus tutup api ya. Akhir sekali tabur daun ketumbar ya. Tak perlu perah asam limau. Pes ini dah secukup rasa masam dia.
Nota: Ini rahsia penyedap tomyam juga, Kalau tak kena dengan tekak jangan buh..terpulang pada anda.
siapppppp ... boleh makan dengan nasi putih dan telur dadar ... perghhhh .. merechikkkssss ...
No comments:
Post a Comment