Wednesday, 18 July 2018

Hatyai Tips Part 2

PENGINAPAN

  • Untuk penginapan korang boleh terus menempah melalui agoda, booking, hostelworld, trivago atau apa-apa medium lain untuk membandingkan harga-harga yang murah.
  • Pilihan lain adalah korang boleh menggunakan kaedah check in on the spot ketika berada di Hatyai, Thailand.
  • Sis suggest kat korang yang  berhasrat untuk travel secara solo korang boleh menempah di Hostelworld untuk penginapan sekitar RM23-RM50 satu malam.
  • Aplikasi Hostelworld ini boleh dimuat turun di handphone masing-masing. Harga lebih murah dari Trivago dan Agoda.
tip-travel-ke-thailand-8
tip-travel-ke-thailand-9
tip-travel-ke-thailand-10
tip-travel-ke-thailand-11
tip-travel-ke-thailand-12
Tempat yang korang kena visit (HATYAI)
• Explore Lee Garden Plaza Centrepoint and Surround
• Kimyong Market. Kim Yong Market
• Greenway Market
• HatYai Municipal Park

  •  Kalau korang nak  ke Klong Hae Floating Market korng perlu menaiki tuk tuk / minivan atau moto TAXI. Boleh pilih antara satu dari medium pengangkutan untuk ke sana. Jaraknya dari bandar lebih kurang 50KM.
• tuk tuk (400-500 baht/ seorang)
• minivan (300-400 baht seorang)
• moto taxi (150-300 baht seorang)

  • Floating market tu hanya bukak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jer taww .. Start jam 3:00 petang sehingga 9:00 malam.
Tempat yang korang kena visit (SONGKHLA)
• Songkhla Golden Sleeping Buddha
• Samila Beach
PENGANGKUTAN KE SONGKHLA

  • Kalau korang dari Hatyai, korang hanya perlu mencari Clock Tower Hatyai. Di situ, akan ada minivan yang akan beratur tunggu penumpang yang tengah beratur.
  •  Boleh terus naik minivan tersebut dan membayar 34 Baht sahaja untuk ke Songkhla. Jaraknya 50KM dengan perjalanan lebih kurang 40 minit.
  • Korang tidak perlu membayar duit langsung kepada pemandu. Hanya perlu duduk sahaja di dalam minivan tersebut dan menunggu bakul duit yang akan diagihkan dari hadapan. Masukkan duit secukupnya 34 Baht ke dalam bakul duit tersebut.
  • Sampai jer dekat Songkhla, korang boleh menaiki moto taxi dengan bayaran sekitar 25 Baht – 30 Baht setiap perjalanan dan korangboleh menaiki moto taxi untuk ke Samila Beach.
  • Korang boleh menaiki kuda dengan harga 300 baht seorang. Air kelapa di Samila Beach sangat sedap, boleh cuba dengan 20 Baht secawan.
  • Kalau korang nak beli souvenir, better korang  beli di perkarangan Lee Garden Hatyai sebab situ lagi murah so boleh berjimat.

No comments:

Post a Comment

Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...