Thursday, 19 July 2018

Hilangkan parut

Hai korang .. Harini sis nak share cara-cara nak hilangkan parut dengan mudah dan paling penting murah .... haaa ... tashabarnyaaaa ....


Okay .. yang ni korang boleh cari kat rumah korang ja . Daun lidah buaya ... Jangan curi rumah jiran pulak yer .. penat mak cik sebelah tanam ...Aloe Vera ataupun lebih dikenali dengan nama lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat yang membolehkan korang menggunakannya untuk pelbagai masalah terutamanya di bahagian wajah. 


Ia mempunyai vitamin – vitamin semulajadi seperti vitamin A dan juga vitamin E yang membolehkan ia merawat wajah anda sekiranya korang mempunyai parut yang degil. 


Vitamin E juga membantu untuk melindungi wajah korang daripada sinaran UV yang merbahaya dan membolehkan kulit korang menjadi lebih cerah. Bila 1st time korang pakai, macam ada gatal-gatal sikit, tapi bila dah terbiasa, tiada masalah ...



Parut jerawat korang juga dapat dipudarkan dengan menggunakan timun. Hal ini kerana timun mempunyai Vitamin A dan juga vitamin C serta magnesium yang mampu memberikan kelebihan untuk kulit korang dan juga memudarkan parut jerawat yang degil. 


Korang boleh menggunakan timun yang telah dipotong dan letakkan timun tersebut ke bahagian parut korang. Biarkan selama 30 minit dan bilas wajah korang. Timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dan ia boleh memberikan kesegaran kepada wajah korang serta menyembuhkan dan melembapkan kulit wajah korang.


Madu adalah pelembap semulajadi yang sentiasa digunakan oleh ramai peminat kecantikan. Khasiat madu telahpun diketahui sejak zaman dahulukala lagi dan ia juga termasuk dalam petua orang tua – tua sekiranya korang mahukan kulit wajah yang cantik dan licin. 

Madu bukan sahaja boleh memudarkan parut jerawat, tetapi ia juga boleh memberikan kulit wajah yang bersinar. Apa yang korang boleh lakukan ialah korang boleh meletakkan madu di bahagian parut jerawat korang dan gosokkan wajah korang dengan lembut. Biarkan selama beberapa minit ataupun tunggu sehingga madu tersebut kering dan bilas seperti biasa


Lemon yang mempunyai asid alfa hidroksil yang tinggi membolehkan ia meransang pertumbuhan kulit wajah yang baharu dan setrerusnya mengurangkan parut jerawat. Ia juga mempunyai kadar vitamin C yang tinggi dan membolehkan korang mempunyai kulit yang cerah. 

Namun begitu, korang perlu berhati – hati ketika menggunakan lemon kerana ia adalah phototoxic dan menyebabkan pigmentasi kepada kulit korang sekiranya korang terdedah dengan cahaya matahari. Ketika waktu malam, campurkan jus lemon dengan sedikit air dan sapukan kepada wajah korang dan bilas selepas 30 minit.

Buah tomato mempunyai pelbagai kelebihan untuk mengembalikan kecantikan wajah korang terutamanya untuk mencerahkan kulit korang dan mendapatkan wajah yang berseri dan licin. 

Ia mempunyai kadar vitamin A yang tinggi di mana ia boleh merawat wajah korang dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Korang boleh potong buah tomato kepada dua bahagian dan bekukan ia. Sapu tomato yang beku ke wajah korang dan guna sehingga ia lumat. Bilas wajah korang dengan bersih


selamat mencuba .. hope share ni dapat membantu korang untuk tampak lebih sihat dan cantik ... Good luck




No comments:

Post a Comment

Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...