Thursday, 19 July 2018

RESEPI NASI AYAM THAI ( KAW MOQ)

This is one of my all times favorite food .. Sedap sangat .. so sis kongsi ngan korang cara nak masak makanan fav sis ni ...



Bahan-bahan utk nasi :- 

  • 4 cawan beras basmathi (rendam dulu lebih kurang 1/2 jam) 
  • 2 sb rempah khao mok REMPAH KOMOK 
  • 2 sb  rempah kari 
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk kulit kayu manis 
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula 

Gaulkan rata. Rempah ni agak banyak..kalau ada lebih boleh disimpan di dalam peti ais..untuk resepi ni tak pakai semua sekali..cuma pakai 2 sb untuk masak nasi dan sedikit untuk perap ayam




Bahan Tumis :

  •  4 biji bawang merah
  •  3 ulas bawang putih 
  •  1/2 inci halia (tumbuk halus)
  •  1/2 biji bawang holland ,potong kecik2
  •  rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang,cengkih & buah pelaga) 
 Bahan Lain : 

  • susu cair
  •  1/2 cawan kiub ayam 
  • daun ketumbar / akar ketumbar
  •   minyak sapi
  •  bawang putih jeruk
  •  timun
  • salad
  • tomato                                        

Cara-cara :                                        


  1. Tumis rempah 4 sekawan,lepas tu masuk bahan2 tumbuk tadi.. 
  2. Tumis sampai wangi,masuk bawang besar pulak. 
  3. Dah agak layu..masuk rempah 'kaw mok' 
  4. agak2 macam nak garing masukkan air, & susu cair.
  5. Sukatan air mengikut pada sukatan beras,kalau 4 cawan boleh la letak 4 1/2 cawan air. 
  6.  masukkan sekali ayam dan masak hingga air mendidih
  7. Biar ayam separuh masak kemudian angkat ayam
  8. Masukkan beras ke dalam periuk dan tanak macam memasak nasi biasa
  9. Ayam yang sudah separuh masak kemudian mieza perap dengan rempah komok.
  10. Lepas tu terus masukkan beras 
  11. Kemudian masukkan garam,kiub & daun/akar ketumbar.
  12. Bila nasi dah dekat masak, masukkan ayam yang diperap tadi.
  13. Dah masak tabur bawang goreng.
  14. Hidangkan bersama ayam dan sayur-sayuran sebagai salad atau ulam. 


selamat mencuba ......

No comments:

Post a Comment

Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...