Wednesday, 18 July 2018

Phuket

A few month ago, I did visit Phuket . It was a tremendous experience.
Mula-mula kami ke Hatyai, kemudian menaiki bas 'double decker' ke Kemala Phuket.

Untuk maklumat lanjut mengenai Patong boleh click link di bawah.
www.phuket.com/island/beaches_patong.htm

Phuket from Malaysian point of view....

Perjalanan mengambil masa 5-14 jam bergantung kepada permintaan penumpang. kami menaiki bas dari Hatyai ke Phuket. Lebih kurang jam 7.00 malam kami tiba di Kampung Kemala Phuket dimana kampung ini berdekatan dengan Pantai Patong yang sangat terkenal di Phuket.



The famous beach that we visited is Patong Beach. dekat Patong ramai warga asing yang memilih untuk menetap di sana. mereka membeli tanah dan rumah di kawasan sana untuk dijadikan tempat bermastautin.

Phuket dari pada pendapat saya,  seakan Pulau Langkawi jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Namun dari segi budaya kita amat jauh ketinggalan. Warga Phuket amat mesra dan begitu mengambil berat akan tetamu yang berkunjung ke negera mereka.

 Ketika lawatan kami, empunya tempat penginapan bergegas pulang dari Putrajaya ke Phuket semata-mata mahu menemani kami bersiar-siar di sana. Dia juga memberikan kami kenderaan secara percuma untuk melawat kawasan-kawasan menarik di sana.

Ibarat bulan jatuh ke riba, kesempatan ini kami ambil untuk melihat pulau kebanggaan negara gajah putih ini. selain indah, phuket juga merupakan syurga dunia bagi pelancong dari negara Eropah.

Apabila kami sampai di pantai patong, ianya seakan-akan Pantai Chenang di Langkawi. Terdapat lambakan hotel dan villa mewah di sepanjang pesisiran pantai jelas membuktikan bahawa kawasan Pantai patong ini dihuni oleh golongan elit yang mahukan suasan bercuti yang mewah dan selesa.





So far, this is one of the best trip ever. Cuma kekangan masa mengakibatkan kami tidak dapat melawat banyak tempat. So, if any of you guys ada plan nak ke Thailan, Phuket is one of the must-visit list. That's all for me. I will post on the next entry regarding on the food in Thailand.


No comments:

Post a Comment

Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...