Wednesday, 18 July 2018

Cara Mencuci Muka Yang Betul

Langkah 1. Cuci Tangan

Cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah Anda. Tanpa disedari, sangat banyak bakteri yang melekat di tangan Anda, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran yang melekat pada tangan boleh berpindah ke wajah Anda. Gunakan sabun antibakteri dan cuci tangan secara perlahan dengan air suam.

Langkah 2. Bersihkan Makeup

Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika anda membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka, agar pencuci boleh bekerja lebih efektif. Pilih makeup remover berformula lembut, yang sesuai dengan kulit anda. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah 3. Membasahkan Muka

Basahkan muka dengan air suam agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, pencuci boleh membersihkan wajah dgn lebih mendalam. Jangan gunakan air panas sebab kulit muka akan terkejut dan kalau panas sangat akan pecahkan kapilari darah (salur darah yang paling halus), kesannya muka akan jadi merah disekeliling hidung dan pipi.


Langkah 4. Menggunakan Pencuci Muka

Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih, dan usapkan secara lembut dengan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Picit secara lembut wajah anda dengan gerakan memutar selama beberapa minit.Yang perlu diingat, jangan terus membilas setelah memakainya, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa menit (biasanya 1 atau 2 minit).
Urutlah muka anda seperti di dalam gambar. Lakukan dari 30saat ke 2 minit ikut keselesaan masing masing. Ramai yang tidak tahu sebenarnya bila kita mengurut muka dengan betul, ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen dikulit muka. So muka akan jadi lebih berseri dan bertenaga.

Langkah 6. Bilasan terakhir & lap muka

Bilas muka dengan air biasa beberapa kali. Jangan guna air suam atau sejuk untuk membilas. Akhirnya lap muka secara lembut dan perlahan dengan tekapkan tuala dimuka. Gunakan tuala yang lembut dan kering. Ingat! tuala ni khaskan untuk mencuci muka sahaja

Langkah 7. Gunakan Toner

Bagi anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan toner wajah setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.

Langkah 8. Lembapkan Kulit

Oleskan moisturizer atau face cream setiap kali selepas membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga agar anda menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit muka anda.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...