Maybelline Fit Me ni sebenarnya dah lama keluar tapi sis baru jumpa tahun ni ... hehehe .. kan dah cakap tadi sis research ambik masa berjuta tahun .... So basically sis jumpa foundation ni masa sis tengah survey foundation dekat Youtube. And foundation ni mendapat review paling best untuk kulit berminyak macam sis ni . Jadi sesiapa yang memang jenis muka berminyak sampai boleh ambik untk goreng kentang boleh lah try foundation ni . MEMANG MATTE WA CAKAP LU .. kecuali kalau korang beli yang Dewy version.
Oh lupa teman nak kabor, ada dua jenis taw foundation ni, satu untk kulit berminyak iaitu Matte and Poreless, satu lagi untuk kulit Normal atau Dry skin iaitu Dewy. Yang dewy version ni dia bagi effect Kpop2 acah-acah suci gituwww ...
Maybelline punya company claimed yang foundation ni kena dengan semua orang .. Diorang kata diorang ada semua shades untuk semua jenis kulit. Kena lah dengan namanya Fit Me. Selalunya orang yang kulit gelap susah nak cari foundation, tapi kali ni korang xperlu pening2 lagi sebab Fit Me ni ada banyak gila shades untuk kulit gelap, kuning , sawo matang dan lain2.
Sebab sis kaya (amin) hahaha, sis beli satu set sekali dengan bedak dia. Bedak dia harga dalam RM48.00++ dekat Watson. hahhahaha .. Tapi seriously, bedak dia memang best. Sis pakai dengan foundtion Rimmel pun tak cakey. Memang sis suka. Bedak sis pakai code Porcelain 110.
Hope this help korang nak decide whether nak try or not Fit Me from Maybelline ni ....
No comments:
Post a Comment