THIS IS THE FIRST TIME IN MY LIFE AT AGE 23 #PRU14
Dalam sejarah Malaysia, selepas 61 tahun diperintah oleh parti UMNO, kini rakyat Malaysia bangun semula dengan harapan baru dalam PAKATAN HARAPAN yang dipimpin oleh Tun DR. MAHATHIR MOHAMAD dalam pakatan harapan. Tak dapat digambarkan kegembiraan rakyat MALAYSIA apabila Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri Malaysia buat kali ke 2, selepas lima belah tahun bersara dari menjadi perdana menteri yang merupakan bapa pemodenan. Semoga dengan kembalinya Tun Dr Mahathir dapat mengembalikan Malaysia yang yang dulu. Kini usia Tun Dr Mahathir mencecah 93 tahun ketika beliau mendapat mandat yang ke dua untuk memimpin Malaysia. Tun juga merupakan perdana menteri yang tertua yang pernah dilantik, dan merupakan dalam sejarah Malaysia, Tun Dr. Mahathir dilantik buat kali ke dua untuk menjadi perdana menteri buat kali ke dua, dan sekaligus menjadikan Tun perdana menteri yang ke7 buat Malaysia.
Ya Allah tak dapat digambarkan kegembiraan aku dan rakyat Malaysia, apabila di umumkan Pakatan Harapan telah memenangi kerusi dalam pilihan raya kali ke 14 ni. Sudah pasti, selepas diumukan siapa yang memenangi parlimen ini, ramai yang mengalirkan air mata kegembiraan, kesyukuran apabila selepas beberapa tahun rakyat berjuang untuk menegakkan hak rakyat. Akhirnyaa, allah perkenankan. YA ALLAH, semoga dengan ini, Malaysia mempunyai harapan yang baru untuk generasi kami dan generasi yang akan datang
Tak pernah lagi dalam hidup, rasa berbangga, sedih dan gembira untuk Malaysia. And now, after 23 tahun, aku rasa that feeling. Terima kasih Tun Dr Mahathir. Semoga kita bersama sama menaikan kembali nama Malaysia di mata dunia. Terima kasih juga buat Tun kerana sanggup berjuang untuk rakyat di usia yang lanjut. Jasamu, sentiasa rakyat kenang sampai bila bila. Dan maafkan kami Tun, di seusia ini Tun terpaksa berkerja lagi untuk rakyat, untuk Malaysia. Tidak ada apa yang rakyat Malasia harapkan selain dari Allah panjangkan umur Tun dan diberikan kesihatan yang baik.
YOU'ER SO ADORABLE AND WE ARE MELAYSIAN SO PROUD TO HAVING YOU TUN DR MAHATHIR MOHAMAD