Sunday, 29 April 2018

MY HOUSEMATE

Pirahnass? Apaa tu ?

Hahaha okay ini cerita masa diploma, macam macam yang jadi masa time diploma, pahit manis semua ada. For the first time in my life, kene duduk hostel. Orang tak pernah duduk hostel, macam macam fikir. Macam mana kawan kawan bilik nanti, orang yang jenis macam mana, pengotor ke? kaki buli ke? *Eh hello cik Kirin awok ingat ni zaman sekolah ke nak ada senior buli junior, tulaa suka sangat layan cerita melayu, kan dah terbawak bawak* haahah. 

Okay masa ni mak abah kirin ada sekali. haha no more pergi sendiri sendiri. Okayy masa hari pendaftaran tuu serious tak kenal siapaa siapa pun,kecuali my classmate Zahida, my best friend kira satu geng dlu masa SPM. So sampai jee dekat dewan untuk daftar, Kirin terus cari Zahida. Kononnya nak daftar sekali so everything dari segi kelas bilik and so on akan dapat sekali. Okay masa dah jumpa Zahida, kebetulan Zahida dengan sorang nii, Zahida kenalkan Syida merangkap kawan baru yang mereka berkenalan di Twitter sebelum masuk KPM nii. So berkenalan lah Kirin dengan Syida, First impression dekat Syida muka dia kerek, macam acah acah bagus hahahah tapi dangah kenal dah duk bersembang masuk air jugak dia ni hahaha *tulaa next time jangan judge a book by its cover*. Okay, masa nak in daftar asrama, ingatkan sau bilik tiga orang jee, so baru berangan yang Kirin, Zahida and Syida je. rupanya satu bilik enam orang. Makk aihh ramai gila ! Okay pasah tak tahuu siapa lagi tiga orang tuu! Haha

Bila dah dapat kunci bilik, so kami pun pergilahh cari asrama nak letak barang. Nasib kami antara yang awal, so dapat tingkat dua. Kalau tak confirm pancit ! Nak mengangkut barang banyak kot ! 
Kesian dekat abah kene angkut beg berat berat naik asrama. Mintak maaf abah sebab susahkan abah. 
Okay sampai bilik, dah ada budak lain sampai dulu. Tak sempat berkenalan pun lagi. Cop katil dulu ! hhahah. So, tempat Kirin deekat hujung tepi tingkap. Niat hati nak duduk tengah takut punya pasal, tapi dah ada orang lain cop dulu dah. Zhida dengan Syida katil depe bertentangan dekat dengan pintu. Tiba tiba datang seorang nii, gayaa macam ayuu ada macam sombong pun ada, nahh dia sebilik guys. Katil depan aku, kira bertentangan , diberi nama jijah.  Kemudian, masuk lagi seorang budak, first impresson, macam dari budak sekolah agama. Nampak alim je, so berkenalanlahh kami, namanya Zafirah, panggil Zaf. And the lasat one, sorang lagi Mimi. So genaplahh enam orang satu bilik. Almost tiga tahun setengah kami habiskan masa bersama sama, sampaikan dah paham sangat perangai sorang sorang. Pahit manis susah senang sama sama kami hadap.  Sekarang, almost dah setahun setengah habis belajar. Rinduu dekat my housemate.







 MY BELOVED  

Saturday, 21 April 2018

I WILL LOVE YOU TILL THE END OF MY LIFE



Pernah masa Diploma, one of lecturer minta setiap student dia berpuisi in English untuk next class dia So Kirin pun penat fikir nak berpuisi apaa? I have no idea ! Lama jugak godek godek dekat Mr.Google, and at last i found it!





When i am sad, 
They comfort me.
When i am sick, 
They care for me. 
When i misbehave,
They discipline me.
Because they love me 

When i need help,
They help me.
When I lose all faith,
They help me regain it.
When I need forgiveness,
Because they love me 

When I am cold, 
They give me shelter.  
When I need help with my homework,
They help me the best they can.
When  I am lost, 
They will come and find me.
Because the love me. 

When I feel dump, 
They let me know I am smart. 
When I am made fun of, 
They tell me I am special 
No matter what happens,
I know they will always be there.
Because they love me.

Mom, Dad... 
I always love you 
Forever. 

At first masa dalam kelas bila sampai my turn, lecturer mintak Kirin ke depan untuk berpuisi, haish berkaca jugak laa mata bila hayati tiap ayat dia, even simple tapi sangat bermakna. Masa tuu pulak memang rindu teruk dekat mak & abah, lagi menghayati laa cerita diaa. Tiba tiba ter Flashback balik masa time budak budak and sampai lahh Kirin besar,

Bila ada antara kami adik beradik yang sakit, orang yang paling risau mak lah, sampai tak tidur malam demi jaga kami. Sanggup bersengkang mata sebab terlalu risaukan kami, walaupun mak penat berkerja, Terima kasih sebab sentiasa menatang minyak yang penuh buat kami adik beradik, tak pernah kurang rasa sayang yang mak berikan. Terima Kasih Mak.

Paling nakal dalam family masa kecil Kirinlah tuu, haha biasalah budak mana yang tak nakal kan, ada je yang tak kena suka buat salah itu ini. Disebabkan nakal & suka timbulkan masalah selalu gaduh dengan adik, Kirin selalu kena rotan dengan abah, sakit tahu ! , haha mula mula rasa di anak tirikan, tapi bila dah besar boleh fikir abah buat macam tu sebab abah sayang anak dia, abah taknak anak dia hanyut dalam dunia kenakalan dia, I know that the way abah ajar anak anak abah berdisiplin so that, boleh jadi manusia yang berguna. Alhadulilah terima kasih abah disebabkan ketegasan abah, I am here right now.

Banyak pengorbanan mak&abah untuk besarkan me dengan adik beradik yang lain. Semoga Allah membalas semua pengorbanan yang telah mak abah lakukan untuk kami adik beradik. And semoga juga Allah memberi peluang dan kesempatan untuk berbakit dekat mak and abah. Ameen.



I WILL LOVE YOU FOREVER! 

Sunday, 8 April 2018

Syahid yang tertangguh

 Assalamualaikum

" Sebelum saya meneruskan penulisan kali ini izinkan saya memohon maaf terhadap ibu bapa, keluarga serta sahabat handai saudara kita iaitu arwahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Izinkan saya menulis serba sedikit mengenai pemuda yang telah membuka mata dunia " 

Bismillahirrahmanirrahim

Masih ingatkah satu ketika dulu, rakyat Malaysia digempurkan dengan satu berita sedih yang menimpa seorang anak muda Malaysia yang melanjutkan pengajianya di sebuah Universiti Marmara, Istambul, Turki.



Al Fatihah Ahmad Ammar dalam kenangan


 Yaa Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, sudah hampir lima tahun peristiwa ini berlaku, dan masih segar dalam ingatanku tentang kisah pemuda ini . Kisah beliau mula tular di lama sosial lima tahun lalu dan pada ketika itu, aku mula tertarik untuk mengetahui siapakah Ahmad Ammar ini? dan mengapa beliau digelar "Syahid yang tertangguh". 
Selepas menghayati dan mengenali siapa itu Ahmmad Ammar barulahh aku mengerti mengapa beliau diberi gelaran sebagai "Syahid yang tertangguh" Ahmad Ammar merupakan pemuda yang berusia 20 tahun yang merupakan pelajar cemerlang tahun dua dalam bidang sejarah Uthamaniyah di Universiti Marmara, Istambul, Turki. Ahman Ammar seorang pemuda yang berasal dari Gombak Selangor belia  jugak merupakan merupakan anak ke empat daripada lima beradik dan satu satunya anak lelaki hasil dari perkahwinan Puan Nur Azlina dan Tuan Haji Ahmad Azam Bin Abd Rahman  yang merupakan mantan President Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). Ahmad Ammar merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja, oleh sebab pencapaiannya yang cemerlang beliau memilih untuk menyambung  pengajiannya di sebelah timur bagi menyambung pengajiannya dalam bidang sejarah tamadun islam kerana minatnya yang mendalam terhadap sejarah islam. 


 Keluarga Ahmad Ammar 



Ahmad Ammar ketika di Maktab Tentera Diraja

Semasa hanyat Ahmmad Ammar, belia telah mengembara ke banyak temat bagi menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurahkan baktinyaa untuk kesejahteraan ummah. Selain itu juga semasa hayatnya, Ahmad Ammar adalah pemuda yang sangat dikenali dengan akhlak dan budi perketi yang sangat mulia, bedisipilin, tekun, bercita cita tinggi dan sikapnya yang menghormati orang yang lebih dewasa membuatkan belia sangat dihormati. Beliau juga merupakan seorang anak muda Malaysia yang banyak  menghabiskan masa mudanya untuk berbakit kepada masyarakat dengan menyertai pelbagai misi kemanusian  bukan itu sahaja  beliau juga merupakan seorang anak muda yang banyak berjasa kepada agama dengan aktif dalam menyebarkan dakwah islam di mardrasah mardrasah di Turki. Pada seusia itu, tatkala anak muda lain yang seusia dengan dirinya sibuk dengan hiburan, beliau pada ketika itu sibuk mepersiapkan dirinya untuk pelbagai misi misi kemanusian di beberapa negara seperti di syria dan sebagainya. Semasa menyertai misi kemanusiaan di Syria belia memberi tahu seorang rakannya bahawa beliau berkeinginan untuk  Syahid di bumi Syria. Ketika di Syria beliau dan rakan rakan yang telah bermalam di sebuah hospital di mana kawasan pertempuran tentera syria dan rejim Israel, pada malam mereka bermalam di hospital tu, Ahmad Ahmmar tersedar dari tidurnya akibat terdenga bunyi letupan bom dari telinga kanan dan kirinya. Ahmad Ammar bangun dan mengucap dua kalimah syahadah untuk bersedia seandainya diberi peluang untuk syahid. Tapi selepas itu sudah tidak ada lagi bunyi bom kedengaran di kawasan itu, dan Ahmad Ammar kembali menyambung tidurnya. Apabila sudah subuh, Ahmmad Ammar antara yang  terawal bangun dan mandi. Selepas mengerjakan solat subuh, Ahmad Ammar memberi tahu rakannya bahawa, belia bermimpi berjumpa bidadari syurga. 



  
Kisah dari seorang sahabat Ahmmad Ammar semasa bersama sama memasuki kem di Syria. Beliau menceritakan pengalaman semasa di Syria dan menceritakan bahawa Ahmad Ammar bermimpi bertemu bidadari syurga. 

Selepas pulang dari Syria, hari hari Ahmad Ammar bejalan seperti biasa dimana beliau akan menghabiskan masa untuk menelaah pelajaran di universiti pada waktu siang  dan mengikuti dakwah dan mengikuti  dan mendalami kelas berkaitan risalah An Nur pada waktu malam. Selepas beliau dapat menghabiskan mengajiannya bekaitan risalah An Nur, belia diberi kepercayaan oleh gurunya untuk beliau mengajar pelajar pelajar baru mengenai risalah itu di sebuah madrasah. 

Pada hari sebelum sambutan Awal Muharram, ia meruapak hari yang sangat istimewa buat Ahmad Ammar kerana pada hari tersebut merupakan hari dimana hari pertama Ahmd Ammar mengajar pelajar pelajar  baru mengenai risalah An-Nur di sebuah madrasah. Semasa dalam perjalanan untuk ke madrasah, Ahmad Ammar bergitu berhati hati ketika menuruni bas yang dinaiki belau di Mobilyacilar sambil mendengar alunan muzik seruling Ney, muzik yang didengari oleh Ahmad Ammar merupakan satu instrumen yang menjadi kegemaran Jalaluddin Ar-Rumi. Jalaluddin atau lebih dikenali sebagai Rumi merupakan seorang penyair yang tersohor dari Parsi yang telah banyak mempengaruhi penulisan dan budaya masyarakat Islam. 


Alunan merdu Ney yang sempat dipelajari dan dimainkan oleh Alahyarham Ahmad Ammar.  

Pada ketika Ahmad Ammar hendak melintasi satu persimpangan jalan, langkahnya terhenti. Tubuh Ahmad Ammar seakann akan hilang imbangan dan beliau terjatuh, dan pada ketika itu, sebuah van ambulans yang datang dari arah belakang telah merempuh tubuh Ahmad Ammar dan beliau terkulai di tepi jalan, namun beliau gagahkan diri untuk berdiri dan meminta bantuan dari pemadu ambulans yang melanggarnya. Seperti yang tertulis di Luh Mahfuz hayat seorang pemuda yang bernama Ahmad Ammar bin Ahmad Azam siswa daripada Universiti Marmara, Istambul, Turki telah dipinjamkan sehingga 2 November 2013. Ahmad Ammar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 2 November 2013 dimana merupakan 1 Muharram 1435 hijrah. 

Kawasan dimana berlaku kemalangan antara Ahmad Ammar dan ambulans


Allahyarham Ahmad Ammar merupakan pelajar Malaysia yang dimuliakan kerajaan Turki hingga ke hari ini. Disebabkan sifat Allahyarham Ahmad Ammar yang sangat mulia dan sangat dikenali dengan budi perketinya, Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan, tanah perkuburan yang menghadap Laut Golden Horn. Allahyarham Ahmad Ammar merupakan orang Malaysia yang pertama yang diberi pengecualian oleh Datuk Bandar Turki untuk Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di sini bersama sahabat sahabat Nabi. Beruntungnya Ahmad Ammar kerana boleh berjiran dengan Saidina Abu Ayub Alansari,  Subahanallah Maha Suci Allah 








Di perkuburan ini juga merupakan, perkuburan yang menempatkan 60 jasad para sahabat Nabi, auliya, panglima Uthmaniyah dan orang orang kenamaan. Ketika ingin melakukan solat jenazah untuk Allahyarhma Ahmad Ammar di Masjid Ayub Sultan, Istambul.  Ramai rakan rakan Universiti malahan penduduk setempat datang untuk mengikuti solat jenazah untuk Allahyarham Ahmad Ammar dan seterusnya ramai orang tempatan disitu berebut rebut untuk mengusung jenazah Ahmad Amamar ke tanah  kubur. Seperti saya tulis pada pemulaan bahawa Ahmad Ammar behasrat untuk syahid dalam kehidupannya, Namun kematian  akibat kemalangan jalan raya pada 2 November 2013 yang lalu menyebabkan beliau dikenali sebagai "SYAHID YANG TERTANGGUH" oleh para sahabatnya. 


                                              Kisah Ahmad Ammar dalam kenangan (1993 - 2013)

Lima tahun lalu video tribute Ahmad Ammar mengenai perjalanan hidup seorang pemuda yang berusia 20 tahun telah menjadi perkongsian dan sentiasa meniti di bibir masyarakat kita sekarang sehinga ke hari ini.  To be honest saya telah mengikuti perjalanan hidup Ahmad Ammar melalui buku buku yang diterbitkan bagi memgingati dan menceritakan perjalan hidup seorang pemuda sepanjang hayatnya, dan setelah saya menelaah dan mengmahami isi kandungan dari penceritaan subahanallah sungguh terkesan dalam diri ini dengan sifat dan sikapnya sehingga mampu mengalirkan air mata that why you're so adorable Ahmad Ammar.  Allahyarham Ahmad Ammar merupakan seorang anak muda yang telah membuka mata masyarakat islam dengan keperibadiannya yang sangat mulia demi mermatabatkan agama islam. Sangat wajar jika   belia dijadikan icon kepada anak anak muda pada masa kini dan anak muda sekarang perlu mengikut keperibadiannya. Semoga aku mampu memiliki akhlak mulia seperti dirimu wahai Sang Syahid yang tertangguh. 



Perjalana hidup Ahmad Ammar yang telah dibukukan


Antara catatan akhir Ahmad Ammar : 






Ini merupakan pusara saudara Ahmad Amma yang diambil seorang pelajar yang datang untuk menziarahi  beliau pada tahun ini 2018. lihat disini



Wahai Ahmad Am mar, aku tahu kau sedang bergembira di atas sana bersama penciptamu. Terima kasih atas pengorbananmu atas dakwahmu atas keperibadianmu yang telah membuka mata hati seluruh umat Islam. Sungguh beruntung dirimu serta ibu bapamu mempunyai anak seperti kamu wahai Ahmad Ammar. Aku berdoa semoga kita dapat bertemu "disana" nanti. Amin. Seandainya kau boleh mendoakan kami, doakan supaya kami boleh beristiqamah sepertimu dalam melaksanakan ibadah tanpa mengerti erti penat dan lelah sepertimu. 



Semoga dikau tenang beristrehat bersama bidadari syurga.  Sampaikan salam kami kepada penghuni syurga, juga kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga suatu hari kita dapat bersama sama di syurga Allah. Al-Fatihah. 




Wednesday, 4 April 2018

My first experience in my first journey

Assalamualaikum

At this time, 12.26 am baru sampai idea nak menulis tentang apa after few days duk fikir apaa nak buat ek dengan blog ni. Sudah laa nil first time guna blog. Lagi satu, maybe sebab dah terbiasa masa di KPM buat assignments & study time time macam nii. Hehehe πŸ˜…

Nah mesti Ada yang tertanyaa tanyaa. KPM . Apaaa tu? Kementerian Pelajaran Malaysia ke? Tak takk, KPM tu bukan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan Kelab pakcikk makcik. KPM tuu Kolej Profesional Mara. Nahhh pernahh dengar takk ? Cer angkat tangan macam saya πŸ™‹πŸ»‍♀️ Siapaa yang pernah dengar pasal Kpm?

kolej & universiti yang bernaung di bawah mara


Okaylahh meh Kirin Cerita sikit pasal KPM  ni serba sikit apaa yg Kirin tahu. KPM nii merupakan salah satuu institusi pendidikan yang bernaung di bawah MARA. Mara nii sebenarnyaa banyak tau institusi yang bernaung Bawah MARA antaranyaa seperti MRSM, Kolej Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institusi Kemahiran Mara (IKM), Kolej Mara (KM), UNIKL, Kolej Poly-tech Mara, Kolej University Poly-tech Mara German-Malaysian Institute, Mara Japan Industrial Institute (MJII), GiatMara. Nah banyakkan?

Okay jum kita sambung cerita pasal KPM, at first pun Kirin tak tauu sebenarnyaa. Kirin pun dapat tau dari best friend Kirin, Nadia . Masa tuu lepas result upu keluar. And Kirin tak dapat mana mana university poli. Maklumlah masa tu  jee target Kirin. Kebetulan, Kirin duk lepak lepak dengan Nadia diaa bagi tahu yang diaa dapat offer belajar. Gila frust! Membe dapat, aku tak dapat. Pastu terus tanya lahh. Dapat sambung mana. Pastu terus dia ckp aku sambung Kpm. Kirin pun dengan blur blur sotong tanya apa tu. Nahh membe kirin explain lahh. Explain punya explain Kirin terus tertarik bila dia ckp dia belajar “free” and dapat allowance .  Bab free free ni Kirin laju sikit siap dapat allowance lagi tuu siapa yg taknak kan ?.

So Kirin makin berminat dengan KPM nii, tanya la kawan macam mana nak apply. Dia suruh daftar online je dekat website MARA. So Kirin masa tuu try laaa bukak tengok website dia. Alangkah sedihnya “Permohonan telah ditutup”. Again frust😞 and kebetulan kawan kirin nii mak dia ada kawan dekat pejabat Mara. Mak diaa call lah kawanya dekat pejabat mara ni, and kebetulan akan ada sesi “walk-in” Dalam dua minggu lagi bagi mengisi kekosongan secara offline. Ya allah rasa mcm rezekinyaaa, allah permudahkan segala urusan. Terima yaa Allah.

Okay after dua minggu tu kirin pun persediapkan diri nak pergi interview document belajar masa SPM dulu dah prepare awal awal. Disebabkan parents Kirin masih di kampung sebab kenduri. So terpaksa lahh Kirin mengajak Nadia teman , so kami pun pergilahh naik moto, sebab ituu je transport yang ada masa tuu, hahah maklumlah lesen kereta belum ada masa tuu. And mak Nadia kawan Kirin pun tak dapat hantar sebab ada kerja luar.  Okay dalam perjalana nak pergi ke Pejabt Mara tuu, boleh pulak hujan. Punya jarang hujan pagi pagi buta diaa hujan. Okay tak salahkan hujanlahkann dah kuasa Allahkan, nak dijadikan cerita, nasib kami dua tak berapa baik masa tuu, disebabkan hujan yang membasahi bumi, dan jalan licin. Kami dua punn accident ! Kirin pun tak tahuu macam mana boleh accident. Mybe keadaan jalan yang licin dan hujan membatkan moto kami tak stabil. Terseret dalam 20 meter jugak laa, nasib tak teruk and sempat selamatkan diri dari kereta yang boleh tahan laju masa tu tidak tak tahulaa apa jadi dekat kami dua masa tuu. Alhamdulilah tak apa apa yang serios yang jadi cuma baju yang dipakai koyak dari kesan terseret and luka luka . Maaf nadia aku ajak kau, kau terbabit sekali.  

Apa punn jadi masa tuu, masih lagi tak patah semangat nak belajar di KPM. Oleh sebab kami takut kami terlambat, dengan sakit sakit tuu gagahkan diri pergi dulu pejabat Mara. Seperti yang di jangkakan kami antara yang lewat, hanya tinggal beberapa kekosongan lagi untuk memenuhi beberapa kos. Aku akur ,  walaupun mahukan kos yang sama dengan Nadia iaitu Diploma in Islamic Finance di KPM Bandar Malaka tak dapat. Kirin dapat Higher Diploma in Business Marketing di Seri Iskandar. Sedih jugak at first sebab tak dapat sama sama sambung belajar dengan my best friend . Apa apa pun Kirin bersyukur masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara . 

Nahh lepas habis je walk in, baru terasa badan makin sakit. Kebetulan mak nadia baru habis kerja and sekita kawasan Pejabat Mara. At first Nadia tak nak bagi tahu mak dia yang kami accident. Tapi ibu mana yang tak ada instinct dekat anak kan. Hahaha kene marah jugak laa kami dua kenapa terus terus tak bagi tahu. Tapi benda dah jadi kan. So mak Nadia lahh yang bawakkan kami  ke klinik untuk cuci luka semua . Untuk sahabatku aku mintak maaf yaa tak pasal pasal terjebak dengan semua ni, hahah tapi bagi aku itu pengalaman yang tak akan dilupakan. and akan ku cerita ke anak anak aku nanti yang aku ada seorang kawan yang sama sama sakit sama sama berdarah semata mata nak aku sambung study di KPM. forever i will love you. 

Buat adik adik ku lepasan SPM, yang masih confuse masih tak tahu nak sambung pengajian di mana, jangan teragak agak untuk memilih KPM, to be honest, adik adik tak akan rugi and akan bersyukur berada di KPM kerana di sini pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh Mara, dan mendapat elaun RM 300 sebulan. tanpa perlu dibayar balik. Kos kos yang ditawarakan jugak menarik, adik adik cuma perlu pilih kos yang adik mahukan di enam buah KPM yang ada di sekitar semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan permohonan memasuki KPM adik adik boleh ke website sini. http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ . 

Jika adik adik pilih untuk masuk KPM, adik adik memilih untuk GRADUATE TANPA HUTANG ! 


Resepi Tom Yam Thai

Hai korang .... Harini sis try masak tomyam ikut resepi Miya Aira dekat Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) Memang meletopppp ... Dia cakap...